17th September 2009
Oleh kerana kami akan pulang ke kampung selama seminggu, kucing2 kesayangan kami terpaksa diletakkan di bawah jagaan Jingles Pet Shop. Raya tahun lepas, Mimi & Nina juga ditinggalkan di tempat yang sama. While Harry dan Kiki kami bawa pulang ke kampung. dari pengalaman lepas, kami rasa agak leceh untuk bawa balik kucing ke kampung during Hari Raya, so we decided to send them all for boarding.
Saya balik rumah during lunch time, dan hantar 7 ekor kucing ke Pet Shop. Oleh kerana saya hanya ada 2 carrier, Mimi, Nina dan Jimmy diletakkan dalam satu carrier, Kiki, Jerry dan Nelly dalam satu carrier dan Harry di pegang oleh Adik kerana saiz Harry yang akan besar akan menyesakkan carrier.
Tiba di Pet Shop, tempat letak kereta penuh dan hanya ada satu petak yang kosong dan agak sempit. Saya cuba juga park Estima di petak tersebut. Settle parking, took out the 2 carrier, and try to lock the door. Unfortunately, one of the carrier sangkut pada sliding door Estima, dan tertolak carrier satu lagi. Tiba2 saya baru perasan pintu carrier terbuka. Dengan berdebar2 saya cepat2 tutup pintu carrier, then baru sedar, hanya ada Mimi dan Nina..Jimmy telah lari keluar. Saya minta Adik masuk Petshop untuk minta bantuan. Kami nampak Jimmy di bawah salah sebuah kereta dan cuba untuk ambil Jimmy tetapi Jimmy lari dengan pantas ke bawah kereta yang lain. That was the last time kami nampak Jimmy.
Walaupun kami cuba untuk mengesan Jimmy, tetapi cubaan kami gagal. Beberapa orang yang ada ditempat tersebut juga cuba bantu kami, tapi tiada hasil yang menggembirakan.
Settle urusan boarding 6 ekor kucing kami, saya pun ke pejabat semula dengan hati yang berbuku dan sedih..Dalam hati tidak putus2 berdoa supaya kami jumpa semula Jimmy..rasa kesal dalam hati kerana kecuaian saya menyebabkan Jimmy lesap entah kemana.. Kiki, Jerry and Nelly in this carier...
World of Kittens - The cats goes boarding
Friday, September 25, 2009
Posted by Noriee at Friday, September 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment