25 September 2009
Hari ini sudah masuk hari ke 6 Syawal. Kami sudah pun kembali semula ke Shah Alam walaupun hari mula bekerja kami adalah pada 28 September. Tujuan kami pulang awal adalah untuk membolehkan Abang mempersiapkan diri mental dan fizikal bagi menghadapi peperiksaan PMR yang dijadualkan bermula pada 7 Oktober. Seperti dijangka, dengan keadaan kurang rehat dan kurang tidor dikampung, Abang mendapat asthma pada awal pagi tadi. Mudah-mudahan Allah swt memberikan kesihatan yang baik kepada Abang.
Tahun ini kami menyambut 1 Syawal di rumah mak Batu Pahat. Kami mula bercuti pada 18September supaya kami dapat bantu mak persiapan Hari Raya. Bertolak pada jam 12 malam 17September dan tiba di Batu Pahat jam 3.30 pagi. Kami hanya berhenti di R&R Pagoh untuk ke tandas dan refreshment.
Sambutan Aidil Fitri tahun ini agak hambar. Tak tahu kenapa. Kami solat Aidil Fitri di masjid kampung Linau. Selepas Solat Aidil Fitri kami hanya rehat2 sehingga selepas waktu Asar baru lah kami berkunjung ke beberapa buah rumah mak saudara/bapa saudara sebelah Ayah. Kunjungan bersambung semula selepas maghrib. Kami langsung tidak bergambar untuk Hari Raya ini.
2 syawal juga di habiskan dengan rehat2 dan tidur sahaja. Kami bertolak ke Melaka pada jam 5 petang dan tiba di Melaka pada hampir jam 7 petang.
3 Syawal - kami berkunjung kerumah mak tiri Atok dan mak saudara sebelah Awe. Selain dari itu, kami hanya rehat2 dirumah.
4 Syawal - Saya menerima kunjungan kawan2 lama sekolah iaitu Ilah & Lynn..dan sebelah petang saya dan Eda(Adik) kerumah cousin kami di Bukit Lintang.
Tahun ini kami tidak dapat satu masa di mana kesemua berkumpul serentak untuk membolehkan kami merancang satu aktiviti bersama. Mudah2an pada masa akan datang, kami dapat merancang aktiviti keluarga.
5 Syawal - sebelah pagi kami ke Celcom untuk menukarkan sim card handphone mak, dan spend masa di Dataran Pahlawan. Sempat lah kami membeli belah beberapa barang keperluan di Padini Shop dan Polo House.
Kami bertolak pulang ke Shah Alam pada jam 3 petang dan tiba di Shah Alam pada jam 4.30 ptg. Selepas mengeluarkan barang2 dari dalam kereta, kami menjemput kucing2 kami yang di tinggalkan di Pet Shop Jingles selama 7 hari..Rindunya pada mereka..
Salam Aidil Fitri
Friday, September 25, 2009
Posted by Noriee at Friday, September 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment