Akhirnya anak2 kami semua dah graduate sekolah rendah..Alhamdulillah ketiga2 nya achieved 5As in UPSR..We have decided earlier will not apply for boarding school for Adik..biarlah Adik sekolah dekat rumah je..sama dengan Kakak..they can walk to school together..
16 November 2009
Hari pendaftaran Adik ke SMKS7..Hanya tick nama sahaja berdasarkan surat yang diberi oleh SKS7 dari PPD
30Disember 2009
Hari orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 SMKS7. Saya terkejut. Nama Adik tidak tersenarai dalam Kelas Rancangan Khas(KRK) mahupun kelas biasa. Saya bertanyakan guru2. Yang tak ada nama, sila pergi ke bilik mesyuarat untuk masukkan nama. Kami ke bilik mesyuarat..mak aiihh..panjangnya q. Perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku. Menurut salah seorang guru, perkara ni biasalah Puan..boleh ke beri jawapan macam tu. Tak tahu ke, kita ni berpeluh2 naik turun tangga sekolah nak uruskan ..nak kena beratur lagi..just because of kecuaian pihak tertentu..depan Adik ada lebih 20 orang menunggu giliran..bila hampir turn Adik, ada pulak yang potong q, senang2 je dapat masuk kelas KRK sebab mak saudara salah seorang guru yang sedang menyemak nama..bila sampai turn Adik, banyak sangat soal jawabnya..saya hampir naik angin, tapi Alhamdulillah pada masa itu tahap kesabaran saya masih tinggi. Adik dimasukkan ke kelas KRK 1 Kualiti. Kawan2 Adik dari SKS7 mostly masuk kelas 1 Terbilang dan Cemerlang.
Saya tidak dibenarkan naik ke kelas, sebaliknya di minta untuk dengar taklimat. Maaf la cikgu, I have lots of things to settle..Kakak dah urus sendiri pembelian buku tulis. Saya uruskan pengambilan buku teks, kemudian beli buku tulis untuk Adik. Then ke bilik guru untuk jumpa Ustazah kelas Abang untuk dapatkan result trial PMR. Kami di nasihatkan untuk buat semakan semula kertas Bahasa Arab Abang.
Selesai semua urusan, kami balik.
4January 2010
Saya hantar Adik & Kakak ke sekolah. Hati saya tergerak untuk jengah Adik di kelas. Am so shock, kelas Adik tiada kerusi meja hampir separuh kelas kosong..Parents sibuk tukar2kan anak ke kelas lain. Saya sibuk carikan Adik meja & kerusi. Lap dengan tisu. Pelik kenapa not well prepared. Saya tunggu guru kelas tidak kunjung tiba. Akhirnya saya balik sebab dah jam 2 lebih dan belum solat zohor
5 Januari 2010
Ayah tak puas hati. kenapa Adik tak dapat kelas KRK yang sebenar. Ramai pelajar 4A dapat kelas KRK. Kenapa susah sangat bila sampai tang Adik walaupun Adik dapat 5A. Allah betul2 menguji kami pada saat dan ketika ini..Ya Allah beri aku kekuatan..Saya solat hajat memohon kepada Allah untuk permudahkan urusan ini..
Saya ke sekolah semula. Niat di hati nak jumpa penyelia petang tapi tak ada. Saya terserempak dengan guru dan bertanya. Agak sombong sikit dia, tapi tak apalah. Then saya ke bilik Guru untuk jumpa penyelaras Tingkatan 1. Saya maklumkan untuk rayu supaya Adik ditukarkan ke kelas KRK. Saya dimaklumkan kalau tiada surat dari PPD, tak boleh masuk nama..Pelik..borang KRK kami dah submit sebelum cuti sekolah dulu..Setelah semakan dibuat, nama Adik masih tiada, not even dalam kelas 1 Kualiti..kenapa jadi macam ni..Mujur Pn Fadhilah baik hati, akhirnya nama Adik dimasukkan ke kelas 1 Gemilang dan Cikgu akan maklumkan sendiri kepada Adik untuk tukar kelas.
Balik dari sekolah, Adik inform, tiada apa2 yang berlaku. Guru kelas pun tak datang. Macam mana ni? Selesai solat sunat maghrib, saya capai telefon, call Kak Faridah. Kak, minta tolong..ada sesiapa yang kenal orang PPD..Nor cakap dengan Abang ye(suami Kak Faridah). Abg Zin minta surat Adik dan dia akan ke PPD untuk semak...Saya terus capai tudung, inform Ayah dan terus ke rumah Kak Faridah..
6 January 2010
Abang Zin inform, nama Adik memang tiada dalam senarai PPD sebab SKS7 tak submit nama Adik. How could that be..Alang2 menyeluk pekasam, I have to go to the root cause. Saya call Moly untuk luah perasaan..Moly beri no tel Ustaz Lutfi, Penolong Kanan SKS7. Lucky Ustaz kenal kami sebab anak2 kami semua sekolah yg sama..dan Ayah juga merupakan AJK PIBG. Ustaz Lutfi semak dan maklumkan nama Adik memang ada dalam senarai yang dihantar ke PPD. Saya terus ke pejabat sekolah dan dapatkan salinan, then terus ke rumah Kak Faridah. Kak, minta maaf, nama Adik memang ada. kenapa PPD kata tak ada..Kak Faridah call Abg Zin, saya cakap dgn Abg Zin, tak apa, tinggalkan surat tu, nanti esok semak semula kat PPD. Saya rasa saya dah menyusahkan ramai orang, dan di saat2 ini, masih ada yg sudi menghulurkan tangan membantu.
7 January 2010
On the way balik dari SDMC, Nadia (anak Kak Faridah call). Auntie, Nadia & Suha kat SMKS7 ni. Jumpa cikgu Roziana(penyelaras KRK). PPD dah beri notes pada cikgu untuk masukkan nama Adik tapi dimaklumkan terlambat sikit je sebab baru 2 orang masuk pagi tadi. Saya pelik, pelik dan pelik..apa yang saya usahakan dari 30hb tidak diambilkira..tiba2 hari ni kata terlambat sikit..rasa2 mahu je nak hempuk kepala yang berkenaan..sabar sabar...Ya Allah..beri lah aku kekuatan dan kesabaran. Ya Allah, permudahkan lah bagi ku untuk urusan ini..Tak pe, Nadia bagi surat tu kat Mama, nanti auntie datang ambil.
Petang ni, saya nekad, selesaikan hal ini once and for all..apa nak jadi, jadi lah. Saya ajak Abang temankan saya, buat penguat semangat. Saya terus ke pejabat, nak jumpa Penyelia Petang. Ada orang, tak apa, saya tunggu. Saya berbincang dengan Pn Rose Aliza. Semak semula nama, nama Adik masih tiada. Tapi macam mana anak Puan boleh masuk kelas Kualiti..ok, good question Puan. on 30th, nama anak saya tiada, dah beratur panjang sampai berpeluh2, masukkan nama dalam kelas kualiti. Tapi kenapa hari ni, nama anak saya masih tiada. What happen to the list yang di update on 30th. on 4th saya datang balik, nama masih tiada, dah masukkan dalam kelas 1 Gemilang, tapi dah 2 hari berlalu, nothing happen. Anak saya masih tidak dimaklumkan /diarahkan masuk ke kelas Gemilang. Maybe senarai belum selesai update. Ok, I faham, What if I just wait and tak buat apa2 and one day u will tell me, kenapa tak datang lebih awal. Thats why I come here today untuk make sure nama anak saya ada. ok..nanti mesti ada yang keluar masuk boarding school termasuk anak Puan. Saya tak apply mana2 sekolah selain dari sekolah ini. eeee kenapa susah sangat..
Make it short, panggil semula guru penyelaras tingkatan 1, akhirnya nama Adik masuk kelas 1 Cemerlang..kelas Terbilang tak boleh sebab nama dari PPD. Tak pe lah cikgu.. I want to call my daughter now, and cikgu inform dia sendiri dia masuk kelas mana. If not jadi macam hari tu, 2 hari pun masih tak buat apa2..kami pun cari Adik, Cikgu Fadhilah sendiri maklumkan pada Adik, Adik masuk kelas Cemerlang..Alhamdulillah..saya hadiahkan cikgu Rose dan cikgu Fadhilah table calendar..
Salah satu faktor yang membantu, maybe sebab Abang ada sekali, ramai cikgu yang kenal dan Abang memang murid yang baik..
Balik dari sekolah, selesai solat Asar, saya sujud syukur..selesai satu perkara..
Alhamdulillah..Adik pun happy sebab ramai kawan2 Adik dalam kelas Cemerlang. Malam tu, saya call Kak Faridah untuk maklumkan and to thank her & family for their assistance.
Pengajaran yang saya dapat dari apa yang berlaku:
1. Jangan putus asa..nekad
2. Kalau tak ada kenalan, memang susah nak berurusan
3. Mohon lah bantuan dari Allah swt di ketika kita dalam kesulitan