Musim Haji tiba lagi..rasa macam baru lagi kami ke Tabung Haji Kelana Jaya menghantar Kak Leha & Abg Mail tahun lepas..begitu cepat masa berlalu
24Oktober 2009
Selepas solat maghrib, kami kerumah Kak Siti (jiran) yang akan berangkat menunaikan Haji bersama suaminya..Rasa sayu, sedih dan rindu tiba2 mengusik hati dan perasaan saya. Ramai juga jemaah surau yang berkunjung ke rumah Kak Siti..Agak lama saya tak jumpa Kak Siti kerana saya tiba2 menjadi anti sosial dan tidak ke surau untuk berjemaah dan mendengar kuliah..Surau lah tempat kami bertemu dan bertanya khabar..kalau lama tak ke surau, maka macam ni lah jadinya..
Ya Allah..berikan lah aku ruang masa dan kelapangan untuk ke surau..Amiin..
Saya juga menerima sms dari rakan sekerja, Naimah dan suami yang akan berangkat menunaikan Haji pada 31Oktober. Naimah mengadakan kenduri tengahari tadi di Kota Kemuning tapi kami tidak dapat pergi sebab terlalu banyak perkara yang perlu kami uruskan.
Dan ada lagi beberapa lagi kawan2 yang telah terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini.
Semoga semua mendapat Haji yang Mabrur dan di permudahkan oleh Allah segala urusan..
Lambaian Kaabah
Saturday, October 24, 2009
Posted by Noriee at Saturday, October 24, 2009 0 comments
Denggi lagi..
Tuesday, March 31, 2009
Posted by Noriee at Tuesday, March 31, 2009 0 comments
Labels: jiran
Denggi
Friday, January 23, 2009
22 January 2009
Bila sampai rumah jam 7 ptg, Abang tgh termenung di pintu..pelik jugak..rupa2 nya MBSA baru lepas buat semburan dalam rumah..saya masuk rumah to check. Ruang tamu dah clear, tapi bau masih kuat. Dapur masih penuh asap. Pintu dapur pulak di tutup. Saya buka pintu and ambil Kiki keluar dari cage. Then adik ambil Harry keluar.
Jiran selang 2 buah rumah dimasukkan ke wad DEMC sebab dijangkiti demam denggi. Bukan seorang, tapi dua orang. Aziz dan anaknya Ashraf. Selepas maghrib, kami ke DEMC to visit. Rupa2nya keadaan Ashraf agak serius dan ditempatkan di 'High Dependancy Ward'.
Moga2 kedua2nya cepat sembuh.
Posted by Noriee at Friday, January 23, 2009 0 comments
Labels: jiran
