Selamat Tahun Baru 2009..
Tahun ini tahun yang mencabar kekuatan mental kami kerana Abang akan menghadapi peperiksaan PMR dan Adik akan menghadapi peperiksaan UPSR. Kakak pula akan memulakan era baru ke alam sekolah menengah.
Semoga Allah memberikan kefahaman ilmu yang manfaat kepada anak2 kami dan memudahkan Muhamad Afiq, Nur Faiqah & Nurul Faqihah dalam pelajaran & peperiksaan mereka..
Semoga mereka sentiasa dalam perlindungan Allah, diberi segala kebaikan dunia & akhirat dan dijauhi dari segala keburukan dan kejahatan dunia & akhirat
Mudah-mudahan Allah swt memudahkan segala urusan pekerjaan kami dan memberkati rezeki yang diberikan kepada kami dan jauhkan kami dari fitnah dajal, azab kubur & azab api neraka ..
Amiin..
Selamat Tahun Baru 2009
Wednesday, December 31, 2008
Posted by Noriee at Wednesday, December 31, 2008 0 comments
Labels: family
The Gardens - Part 1
Tuesday, December 30, 2008
Tajuk je gempaq..ni bukannya The Gardens kat MidValley tuh, tapi the gardens kat tanah sekangkang kera kat rumah saya le
Part 1 ni nak cerita pasal pokok2 yg ditanam utk kegunaan memasak.. Saya memang ada set goal utk set up mini herbs garden...Oleh kerana dah tak ada tanah, kena tanam dalam pasu..ini aje yg tinggal sbb ada yg dah mati syahid..
Moving forward action :
1. Beli tanah lagi
2. Beli baja
3. dapatkan the best benih/anak pokok
Ni pokok kesum..dah byk jasa..tp tak tahu pasal pe tinggal 1 tangkai je..hu hu Yg ni pokok basil /kemangi..ada nama lain tapi tak ingat..
Posted by Noriee at Tuesday, December 30, 2008 0 comments
Our Hobby - Collection Kakak & Adik
Ini collection keychain Kakak & Adik..ada yg dibeli, ada yg kawan2 beri...
tempat gantung2 tu baru beli kat IKEA..
And yg ni collection pin..ni je la yg ada..nak beli lebih2, sponsor tak mampu..
Posted by Noriee at Tuesday, December 30, 2008 0 comments
Lambaian kaabah - Haji Ismail & Hajjah Zaleha dah balik
28 Disember 2008
Malam ni Kak Leha dan Abg Mail dijangka sampai pukul 8.40 malam. Kami bertolak dari Shah Alam selepas maghrib. Just nice sampai KLIA pukul 8.40 tengok screen, flight landed..ok la..
Ramainya org yg menunggu..Agak lama juga kami terpaksa tunggu diluar..jam 10.30 malam baru lah muncul Haji & Hajjah..seronoknya berpeluk-pelukan..airmata tak payah citer la..
Keluar dari KLIA, kami pakat berhenti di Petronas utk isi perut dulu dgn bekal yg kami bawa..we all pun tak sempat dinner..hanya minum petang sahaja..kami bawa nasi impit & sambal goreng jawa & sambal tumis ikan bilis & ayam goreng. Yg tak habis tu bawak la balik Batu Pahat buat breakfast sbb kat rumah ada lagi..lagipun esok kami semua nak puasa sempena 1 Muharam..
Kami sampai rumah jam 11.40malam..zzzzzzz
Sementara menunggu...
Posted by Noriee at Tuesday, December 30, 2008 0 comments
Jom IKEA
28 Disember 2008
Masa kami breakfast pagi ni, Abg Fadhil tanya hari ni nak pegi mana..Kak Ani kata nak dok rumah je..saya cakap, jom lah bawa budak2 ni jalan2..bukannya selalu pon diorang ni dtg sini..Abg Fadhil pun agree..tu laa..he he..
ok..budak2 siap2 kita nak pergi jalan2 KL..
Dah nak keluar rumah, tiba2 Kak Ani bersuara, jom kita pegi IKEA..he he..tu laa..masa org ajak tadi taknak keluar rumah konon...ni mesti penangan catalogue IKEA..
So, ke IKEA la kami hari ni..Kak Ani nak sgt beli display cabinet Detolf harga RM199..kes nya berkenan kan yg kami punya...dah bayangkan dah nak letak kat mana..tapi sayang, terpaksa tinggalkan kat rumah kami dulu sbb kotaknya panjang ..walaupun kereta Landrover to besar, tapi memandangkan sekali ni passenger penuh, lain kali lah Abg Fadhil dtg ambik..
Bila dah sampai rumah, Abg Fadhil cakap, sori lah budak2, hari ni hari Mak Ani korang..
Posted by Noriee at Tuesday, December 30, 2008 0 comments
Labels: family
Salam Maal Hijrah
Monday, December 29, 2008
Salam Maal Hijrah..
semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
semoga kita semua menjadi insan yang bertaqwa...
Tahun ini kami sekeluarga berjaya memulakan tahun baru dengan berpuasa..Alhamdulillah..
Azam yang lain ..biarlah rahsia..
semoga Allah permudahkan bagi kami dan mengampunkan kami atas kekhilafan kami di tahun2 sebelum ini
Amin
Posted by Noriee at Monday, December 29, 2008 0 comments
Labels: family
Rezeki Rimau
Saturday, December 27, 2008
27 Disember 2008
Routine biasa kami, pagi ke pasar seksyen 6 , balik utk breakfast dgn anak2 nasi lemak yg dibeli then ke Giant S18 utk beli stok bulanan. Hari ni Kak Ani & Abg Fadhil & Harith dtg bawa 3 org anak Abg Mail. Esok, Abg Mail (Abg Ayah) & Kak Leha akan pulang dr tanah suci. Razak(adik Ayah) akan dtg esok bw 2 org lagi anak Abg Mail terus ke KLIA. Abg Mail dah pesan masa dia balik nanti, minta bawa kelima2 anak nya ke KLIA..
Jam 11 pg, Ayah call Kak Ani kul brapa agak2 akan sampai sbb nak masak..Kak Ani inform baru nak bertolak. Masih di JB..Laa..nak singgah Batu Pahat lagi..Kak Ani pesan jgn masak sbb Kak Ani bawa bekal..hmmm..ada ke macam tu..Kak Ani memang rajin masak..tapi takkan la dtg rumah kitorang bw bekal makan..
Untuk lunch, saya masak Lasagna dan macaroni bakar utk minum petang. Jangka diorang sampai ptg, maybe kul 6. Discuss dgn Yuli, menu utk hari ini :
Minum petang :
Keropok lekor & macaroni bakar
Dinner
Nasi putih
Masak lemak nenas & ikan kembong
Ayam goreng
Daging masak kicap
Ulam petai dan sambal belacan
Tapi jgn masak dulu laa..kita tunggu diorang sampai..Kak Ani ni bukan kira..nanti bekal yg dibawa tu tah2 dia cater utk kita tuan rumah ni..Tapi agaknya Yuli fikir, kang dah ptg, kelam kabut nak masak..lepas saya dah siap masukkan macaroni dlm oven, terus naik atas utk mandi & solat zohor..bila jenguk semula dapur, eh eh..laaaa...nape dah masak nasi awal sgt & masak lemak pun dah siap..Saya bg tahu Yuli, akak nak lepak jap sebelum diorang tu sampai..baca paper sampai tertidur..sedar2 ada org beri salam...eh..dah sampai..tengok jam, hmmm lum kul 5 ptg lagi..
Seperti dijangka, Kak Ani bawa sate, mihun goreng & murtabak larkin...macam nak jamu 50 org...tambah dgn keropok lekor & makaroni..haaa..tersandar semua orang nak makan..separuh dr murtabak simpan dlm fridge utk breakfast esok..lepas ni nak makan nasi pulak
Ayah call Adin(abang Ayah) & Kak Lin & anak2 yg tinggal di S18 suh join makan dan call Izam (anak sedara) yg duk di Bt 3 utk dtg join dinner..Jam 6 ptg, Kak Ani & Abg Fadhil nak ke Ampang rumah Abang Abg Fadhil yg anaknya akan nikah esok malam. Oleh kerana esok malam nak kena jemput Abg Mail & Kak Leha di KLIA dan terus balik Batu Pahat, maka nya hari ni pegi jenguk kan muka aje..
Lepas maghrib baru saya masak daging kicap & Yuli goreng ayam..tambah lagi goreng tempe yg Dr Asmah beri semalam..sape nak makan banyak2 ni?
Kami expect mesti Kak Ani & Abg Fadhil balik lewat malam. tengok2 kul 9 malam dah balik..sedang elok kami pun baru siap hidang nasi..tapi sbb minum ptg yg heavy, masing2 semua berat je nak makan nasi..mesti makan, mesti makan..
Lepas makan nasi, ayah suh buat mocha chocolate yg dibeli di London..hu hu.mana kita penah buat chocolate drink..belasah je laaa..hmmmm..boleh tahan..sedap jugak
Makanan masih banyak..nampaknya carry forward ke esok hari laaPosted by Noriee at Saturday, December 27, 2008 0 comments
Labels: family
World of bookworms - buku baru
Buku ni lah yg kami beli di Popular book store, Mega Mall Kuantan
Adik dah habis baca..sedih..tapi adik tahan air mata ..lain kali let it out, ok.. yg ni pulak, mama yg pilih..buku baru nih..baru baca 1/3...recommended..
Posted by Noriee at Saturday, December 27, 2008 0 comments
Kuantan - 2 hari 1 malam
Friday, December 26, 2008
25 Disember 2008
Posted by Noriee at Friday, December 26, 2008 0 comments
Jiran oh jiran
25 Disember 2008
Hari ini sepatutnya kami ke Kuantan awal pagi. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah swt yang menentukan segalanya. Ada jemputan kenduri kahwin rumah Hj Ariffin, qariah surau Al Mawaddah Platinum S7, sekali gus juga rumah kawan adik. Ok, kita pergi rumah Hj Ariffin seawal mungkin, then terus ke Kuantan. Rupa2nya tak boleh jugak. Jiran selang sebelah rumah, buat kenduri anaknya berkhatan lepas zohor. Masa di rumah kenduri kawin, Ayah dimaklumkan salah sorang jemaah sedang nazak, juga jiran kami betul2 belakang rumah(dapur bertemu dapur). Sebenarnya kami pun tak kenal sebab tidak pernah bertemu muka wp jarak antara dapur kami hanya beberapa meter. Dapur saya sudah tentunya sudah diextend abis tanah dibelakang, tiada pagar lagi..jiran belakang, halaman belakang ditembok tinggi..itu lah sebabnya kami tidak pernah bersua muka..maka tidak kenal kami antara satu sama lain(teruk ke saya?). Saya lebih mengenali jiran2 yg jauh(jemaah surau) dari jiran2 berdekatan rumah..
Selesai makan kenduri, ayah cakap nak singgah sekejap rumah jiran belakang. Baru sampai dr hospital, ambulan masih ada. Ayah masuk ke dalam. Kebetulan saya jumpa kawan lama di pintu masuk, maka berborak lah saya hingga lupa tujuan asal. Bila saya kembali ke alam nyata, saya melangkah masuk kedalam rumah jiran yg tak pernah saya kenal dgn harapan dapatlah berkenalan, tapi memang belum rezeki kami lagi. Isteri nya sdg sibuk disebelah suami yg nazak, dan imam sdg mengajar si isteri bagaimana utk menghadapi org yg sdg nazak.
Saya pun melangkah keluar dgn hati yg kosong.
Kami segera pulang sbb sudah hampir waktu zohor. Ayah terus ke surau, saya menyiap2kan barang2 utk ke Kuantan.
Selepas zohor, kami ke rumah Aziz & Ruby..Disana selain makan2, dapatlah jumpa jiran2 utk berkenal2..hmmm..ada yg dah kenal, ada yg baru kenal..Alhamdulillah, siap makan, saya mohon utk beransur..
Sebelum bertolak, Ayah kerumah jiran belakang utk menjengah lagi..jam 3.45ptg baru lah kami bertolak ke Kuantan
Posted by Noriee at Friday, December 26, 2008 0 comments
Labels: family
Room make over for Abang
Wednesday, December 24, 2008
Posted by Noriee at Wednesday, December 24, 2008 0 comments
Labels: family
Our Hobby - Perfume
Me & Hubby loves to buy perfumes..we have a wide collections of used bottles since our early years of marriage..quite sentimental kann..Here are some of our perfume collections..
Yg ni baru beli di Paris..Fragonard..5 different scent..
Bvlgari, Polo, Fragonard & Estee Lauder - Dazzling Silver
Currently on our dressing table..the Dior miniatures was my birthday present from Hubby in 2006
Posted by Noriee at Wednesday, December 24, 2008 0 comments
World of bookworms - latest latest collection
Last weekend kami pergi ke MPH OU dan SACC pd hari yg sama..
Buku2 yg dibeli...semuanya pilihan kakak & adik
Bought at MPH OU
Posted by Noriee at Wednesday, December 24, 2008 0 comments
Kuantan - down to memory lane
Posted by Noriee at Wednesday, December 24, 2008 0 comments
Labels: family
Our Hobby - My collection
This time nak cerita pasal benda2 yg saya suka collect and yg ada sentimental value..Ada yg dibeli sendiri, ada hadiah dr saudara/kawan2..
Posted by Noriee at Wednesday, December 24, 2008 0 comments





.jpg)


