16th November 2008
Selepas mendapat MPV, Hairul cuba menyesuaikan diri dulu dengan MPV tersebut, then tanpa melengahkan masa, kami meneruskan perjalanan ke Netherlands. Kami singgah utk solat di suatu tempat berhampiran Lille. Ia merupakan sebuah institusi pengajian. Disana saya berjumpa seorang wanita bangsa Algeria tetapi dibesarkan di France. Beliau fasih berbahasa Inggeris dan beliau lah yg membantu kami menunjukkan ruang solat wanita dan tempat utk kami mengambil wudhu. Di ruang solat itu sedang diadakan kuliah agama utk kaum wanita tetapi sayang saya tidak dapat memahami apa yang diperkatakan kerana kuliah dalam bahasa Perancis.
Selesai solat, kami berjumpa semula diluar. Ayah beli sebungkus besar croissant di kedai Pak Arab berhampiran. Ada 18 kesemuanya. Untuk makan dalam perjalanan..Hujan masih renyai2 ketika itu. Perjalanan diteruskan pada jam 4.20pm. Dijangkakan tempoh masa perjalanan untuk sampai ke Hotel Tolhuus di Warder, Netherland dalam masa 3 jam. Jarak 200km.
Pemandangan di kiri kanan kebanyakannya adalah ladang2 ternakan. Selepas merentasi sempadan Belgium, hari sudah mula gelap. Kami mula melelapkan mata kecuali Ayah yg menjadi co pilot..Saya sedar apabila kami sudah menghampiri tempat dimana hotel tempat kami menginap. Oleh kerana hari sudah gelap, tiada apa yg dapat kami lihat. Apabila sampai di hotel Tolhuus yg terletak di Warder, kami memunggah luggage dari kenderaan dan segera masuk kerana cuaca amat sejuk diluar. Urusan check in diselesaikan oleh Hairul. 2 bilik kesemuanya. Kami mengambil satu bilik dan Hairul dibilik satu lagi. Hairul pesan, kalau dah siap, inform because dia nak bawa kami berjalan2 ke Amsterdam. Walaupun hari sudah malam, tetapi hakikatnya masih awal kerana jam 5 sudah maghrib! Selesai apa2 yg patut, kami dengan excitednya masuk kenderaan dan menuju ke Amsterdam.
Bandar Amsterdam begitu lively dan happening di waktu malam.Kami hanya berjalan2 disekitar bandar sebelum memasuki satu restauran Arab untuk makan kebab lagi..Selesai makan, kami jalan2 lagi sebelum pulang semula ke hotel utk merehatkan badan

Catatan perjalanan - Lille, France to Warder, Netherland
Tuesday, December 2, 2008
Posted by Noriee at Tuesday, December 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment