17th November 2008
Kami bangun awal pagi untuk solat subuh & bersiap2. Bag perlu dikemaskan semula kerana kami akan terus check out pagi ini dan berjalan2 sekitar Volendam & Amsterdam sebelum meneruskan perjalanan ke Brussels, Belgium
Abang & Ayah keluar untuk tinjau2 keadaan diluar memandangkan kami sampai semalam hari sudah pun gelap. Abang inform diluar sejuk betul..Selesai angkat barang2, Hairul uruskan untuk check out sementara kami keluar untuk tinjau2 keadaan keliling dan bergambar.
Cuaca memang sejuk. Terasa seperti pegang ais. Suhu 3° C. Kami tidak menjangkakan akan dapat menyaksikan pemandangan yang begitu indah dengan cahaya matahari yang baru menonjolkan diri...
Rupa2nya Hotel Tolhuus terletak betul2 dihadapan laut tetapi kami tidak dapat lihat laut secara terus kerana terlindung oleh benteng.
As we know, Netherlands merupakan negara yang terletak di bawah paras laut. Yg saya tidak expect adalah keadaannya seperti itu. Kami panjat benteng utk lihat sendiri laut dan bergambar2 disekitar kawasan tersebut. Walaupun cuaca agak sejuk, kami begitu excited, kalau boleh satu sudut pun kami tidak mahu tinggal untuk kami snap gambar..
Selain dari berhampiran laut, hotel ini juga terletak di tengah2 ladang ternakan lembu & biri2..Dalam perjalanan kami keluar dari kawasan tersebut, kami dapat lihat rumah2 yg terletak di kawasan ini juga tersangat cantik dan kami dapat rasakan keadaan yg begitu nyaman & tenang..
Catatan perjalanan di Netherland - Hotel Tolhuus, Warder
Tuesday, December 2, 2008
Posted by Noriee at Tuesday, December 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment