17th November 2008
Dari Cheese Factory, kami menuju ke Amsterdam. Hairul membawa kami ke lokasi yang lain dari yang kami lawati last nite. Setelah parking kereta, kami bersiar-siar di sekitar park menuju ke Van Gogh Museum, seterusnya ke kawasan disekitar Hard Rock cafe. I cant remember name of the places even tho Hairul did mention it few times. Sori ye Hairul..













Hairul meninggalkan kami disitu untuk membeli bahan2 mentah untuk dimasak setibanya kami di Brussels nanti. Our meeting point will be at the place where he park the car.
Kemudian kami solat disebuah masjid di tengah2 bandar Amsterdam. Kebanyakan jemaah adalah berbangsa Turki. Salah seorang jemaah lelaki telah menunjukkan kami ruang solat jemaah wanita. Walaupun kami saling tidak memahami bahasa masing2, hakikatnya mereka faham tujuan kami ke sana.
Selesai solat, kami makan kebab lagi di restaurant Turki yang teletak disebelah masjid tersebut. Walaupun kami asyik makan kebab sahaja, actually setiap restaurant mempunyai keunikan tersendiri..tiada yang sama diantara setiap kebab yang kami makan so far.
Selesai makan, kami menaiki river cruise yang mengambil masa 1jam. Kami tertarik dengan reka bentuk bangunan disepanjang canal yang sangat unik, menarik dan cantik
Amsterdam telah diwartakan oleh UNESCO sebagai bandar bersejarah. Semua bangunan2 lama di kekalkan. Tiada bangunan tinggi yang melebihi 5 tingkat disini.


Selesai canal cruise, kami pun bergerak untuk ke Brussels. Kami sampai di Brussels pada jam 9malam. Di Brussels kami tinggal di Apartment Pont Neuf 2. Apartment 2 bilik ini lengkap dengan peralatan memasak dan terletak di tengah2 bandar Brussels. Kami agak terkejut apabila menjejak masuk apartment tersebut. Luas & deko yang cantik..almost 100% decoration adalah product dari IKEA!!termasuk periuk belanga nya
Malam ini Hairul masak nasi & ayam panggang. Lauk sampingan adalah sambal tumis ikan bilis & serunding yang kami bawa dari Malaysia..
Photos of the apartment..cantik kan? Thank you Hani





0 comments:
Post a Comment