I should have post this entry 10 days ago..pardon me for the delay.. ;-)..better late then never
Excerpt from Kuliah subuh Surau Al Mawaddah berkaitan puasa :
Umat Islam mula disyariatkan untuk berpuasa pada tahun 2H ketika perang Badar. Pada ketika itu umat Islam diberi pilihan samada untuk berpuasa atau fidyah iaitu memberi makan orang miskin (bukan setakat beras sahaja)
Bersahur
1. Yang membezakan puasa umat Islam dan ahli kitab adalah dengan bersahur. At least kurma dan air
2. Lewatkan bersahur (menghampiri waktu subuh)
Ramadhan berlainan dari bulan2 yang lain sebab dalam bulan Ramadhan ada malam Lailatul Qadar, ada solat sunat tarawih, dapat pahala jika bersahur, dan pahala jika baca Quran..
Pada bulan Ramadhan juga Al Quran diturunkan..
Bagaimana untuk menghargai Ramadhan?
Allah memberikan Ramadhan dengan penuh kasih sayang..maka kita sebagai umat Islam perlu terima bulan ini dengan penuh kasih sayang. Rebutlah peluang dalam bulan Ramadhan ini..
Kesalahan orang yang berpuasa atau tidak mendapat pahala puasa Ramadhan adalah jika tidak mengerjakan solat 5 waktu..
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Monday, August 31, 2009
Posted by Noriee at Monday, August 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment