Gambar diambil ketika mengerjakan umrah pd tahun 2002..Pemandangan pintu King Abdul Aziz dari Hotel Aziz Khoger
Hari ini kami ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk bertemu sahabat baik Amira & suami sebelum mereka berangkat ke tanah suci. Walaupun baru berjumpa Sabtu lepas di rumah Amira, hakikatnya hati ini masih ingin bertemu lagi dan mendalami perasaan sayu dan sedih seperti yang kami rasa 4 tahun lalu. Sesekali Amira sebak mengingatkan anak2 yang masih kecil yang ditinggalkan. Serentak itu juga, berkali2 aku memeluknya untuk menenangkan nya. Pesanku berkali2, jangan risau, yang ditinggalkan insyaAllah akan dipelihara dan dilindungi oleh Allah swt. Ye lah, memahami perasaan seorang ibu, kami juga pernah mengalami situasi ini, sama mengorbankan hati dan perasaan untuk menunaikan tanggungjawab rukun Islam ke lima.
Aku bisikkan ke Amira, bil tel handphone ku mencecah RM2000 semasa aku menunaikan fardhu Haji dulu..semata2 ingin mendengar suara anak2 dan keluhan orang tua yg berkorban menjaga anak2 kami..Amira beruntung kerana telah terpilih menjadi tetamu Allah dalam usia yg begitu muda..33 tahun ..berbanding dengan diriku berusia 38 tahun semasa menunaikan fardhu Haji. Pun aku bersyukur kerana telah terpilih sebagai tetamuNya dalam usia yang masih muda..teringat aku akan buku Haji Muda yang di tulis oleh Ridzwan Bakar.
Sebak melihat Amira memeluk kedua orang tuanya sebelum masuk ke dalam bangunan untuk urusan seterusnya..semoga Amira & suami selamat dalam perjalanan pergi balik dan sepanjang waktu berada disana, dan diberi kesihatan yang baik sepanjang masa serta diberi ruang & peluang untuk menunaikan ibadah dan mendapat Haji yang mabrur..Amin

0 comments:
Post a Comment