Kita hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya..
Alhamdulillah Ayah dah sihat, dah boleh kerja after 5 months on MC.
Alhamdulillah, dalam tempoh Ayah cuti sakit, Ayah dapat surat kenaikan pangkat. The interview went on before Ayah was diagnosed NPC. Nasib baik boss Ayah tak hold surat tu.
Staff Ayah dan kawan2 office tak jemu2 melawat di hospital. Ada yang beri supplement, air yang sudah dibacakan doa dan lain2..dan tak kurang juga yang update perkembangan office..kadang2 saya jadi secretary untuk reply sms Ayah dan tukang jawab telefon.
Kami plan, sepatutnya Abang masuk boarding school masa form 4. Abang nak MRSM, tapi Abang dapat offer Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Abang refuse to go. Kebetulan masa tu Ayah masih admitted, mungkin Abang kesiankan Mama yang berulang alik hospital setiap hari. Siapa nak hantar Abang. Kalau Abang nak MRSM, Mama kena buat rayuan dengan MARA. Tapi bila Mama nak pergi buat rayuan kalau dah everyday pergi hospital temankan Ayah..
Sesungguhnya Allah penentu rezeki hambanya..Abang teruskan bersekolah di SMKS7. Kami sedih, tapi itu lah keputusan terbaik yang mampu kami buat pada masa itu. Ramai orang cakap, saya nampak relax, cool..dalam hati Allah Maha Mengetahui. Allah beri kekuatan, keberanian, semangat, hati yang cekal..kesihatan yang baik..
Alhamdulillah, masa sibuk2 ulang alik, tak ada demam, tak ada selsema, tak ada gastrik..I remember, only once, saya rasa macam dah demam, kepala dah panas, sampai hospital, bagi tahu nurse..boleh bagi akak ubat demam, akak rasa macam nak demam. Nurse beri paracetamol 2 biji, then I fall asleep dalam wad ayah. Nurse memahami, they switch off the light for me to get some rest.
Siapa tahu, setiap malam, when I came back home, tempat pertama saya tuju, sangkar kucing..update semua progress Ayah (can the cats understand what I was saying?)..Tolong doakan Ayah sembuh ye..Kiki, Harry, Mimi, Nina & Jerry..I never fail to chat with them every night. Some people said, cats is stress reliever, and I believe.
Setiap malam Abang akan tanya, Ma, bila Ayah keluar? Mama tak tahu..Abang diam dan masuk bilik semula..
Pernah sekali ajak Abang temankan ke hospital sebab rasa takut nak balik malam sorang, tapi bila Abang duduk wad, belum lama, Abang dah sesak nafas. Terpaksa bawa Abang ke E&A untuk nebulizer. Mungkin Abang tak tahan bau bilik Ayah yang macam ada benda terbakar..Sebenarnya kulit Ayah yang terbakar due to IMRT. Memang bau kuat tapi tah macam mana, kuasa Allah, saya boleh tahan dan not affected. Anak2 hanya datang during weekends . Kadang2 Along tolong jemput anak2 dan bawa ke hospital dan hantar balik Shah Alam.
13th January 2010 was Ayah's birthday. Ayah masih boleh bercakap tapi sudah agak lemah. Panggil semua anak2, duduk keliling Ayah atas katil dan Ayah beri amanat dan nasihat..Ayah mintak semua belajar bersungguh2 dan jadi anak soleh dan solehah sebagai hadiah harijadi Ayah..sesekali Ayah minta Abang bacakan surah Al Mulk untuk Ayah.
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku..anak2 jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari. Oleh kerana kami terima ramai tetamu terutama during weekends, kakak dan Adik banyak membantu. Kadang2 Abang jadi peneman untuk saya ke sana sini.
Letih tapi masih belum sampai tahap give up. Cuma sesekali give up dengan perangai sesetengah orang yang tak faham2.
Whatever it is, kami bersyukur, dalam keadaan macam ni, ramai yang tolong doakan. Setiap kali kunjungan jemaah surau, doa di bacakan. Surau juga kerap buat solat hajat.
Paling tak boleh lupa, doa Ustaz Fairuz masa Ayah di wad..masa tu ramai betul jemaah surau ziarah Ayah di wad selepas kuliah subuh. Masing2 dengan jubah dan kain pelikat. Kami tak dapat tahan air mata yang mencurah2.
Alhamdulillah berkat doa ustaz, ahli keluarga dan kawan2, Ayah dah boleh cakap dan dah boleh minum. Masa tu apa saja air yang Ayah sebut, saya cuba cari. Ingat Dr Kamal cakap, eat to survive not for pleasure. Sebenarnya masa ni, Ayah amalkan minum air zam2. Tah berapa banyak yang kami beli, dah tak ingat. At one time, kami habis stok, went to a shop yang ada jual air zam2 dan saya borong semua..sampai penjual tanya, akak nak buat mandi ke...isshhh..buat minum la..
Syukur kerana segala belanja perubatan Ayah ditanggung 100% oleh company.
surgery & biopsy di SMC - RM11 k
IMRT SJMC - RM34k
chemotherapy SJMC- > RM1k/per visit depends on keperluan pd masa itu times 7
admitted selama 20 hari di SJMC- RM33k
Ini tidak termasuk kos untuk follow up di SJMC dengan Oncologist dan ENT.
Syukur atas nikmat Allah dan rezeki yang Allah berikan kepada kami.
Andai itu takdirnya - Part 2
Monday, October 17, 2011
Posted by Noriee at Monday, October 17, 2011 0 comments
Andai itu takdirnya - Part 1
Monday, October 10, 2011
It has been a year plus...still fresh in our memory..I have been trying very hard to gather my strength to put this in writing..
9/11/2009
Hubby keep on complaining discomfort in his ear. It started from his trip to Penang. The pressure just did not go off. He went to clinics. macam2 diagnose. ada yang suggest to do hearing test. Hubby then request for referral to ENT. First visit to Dr Azim, he was given drops. Due to his hectic schedule, hubby keep on delaying the follow up visit. Our Raya this year was the worst ever..Hubby spent most of the time sleeping. Masa tu bengang, plus MIL buat perangai pelik(oppss..off record). After raya, hubby went to see Dr Azim again. I was at the office when he called. Kena admit sebab esok Dr nak buat biopsy..I was shocked..kenapa pergi hospital tak bagi tahu..Hari ni free, boss pun tak ada, so he just went out and jumpa Dr Azim. I then said, wait there, I will see you at SMC. Hubby said no need because he is going back home and back to hospital after maghrib
10/11/2009
Next morning, the minor surgery went on with me alone waiting for him outside the OT reciting surah Yaasin..I just don't feel right but still keep on doa no bad news. Dr said can discharge esok and result another one week.
11/11/2009
Hubby was discharged
Photo : Hubby still busy with his phone.
18/11/2009
A week later, I was at IKEA busy shopping for TM's family day prizes when hubby called.
Hubby : Ada kat mana?
Me : Kat luar beli hadiah family day (nak sebut IKEA malu sebab nanti dia ingat saya memonteng) . Nape?
Hubby : Dah dapat result biopsy. Dr cakap confirm cancer (rasa macam kena panah petir masa tu but I tried to be cool). Nak mintak check something. Nanti dah sampai office call la..
Me : ok insyaallah
Rasa macam nak pitam, but I tried to control myself..cuba cari kerusi/bench tapi tak nampak. Bila dah jumpa bench, duduk and think think think..dah tak ada mood..Bila Wan tanya pendapat, I cannot response..dah lost
Settle beli barang at IKEA, we had lunch and went to surau to perform solat zohor. Then the moment dahi sujud ke lantai, secara automatik I cried..Ya Allah..beri lah aku kekuatan..show me the best way for me to handle the situation..Ya Allah..I cry, cry and cry
On the way back, singgah lagi kedai..hubby called again..
Hubby : dah sampai office
me : belum
Hubby : Dr dah referkan ke SJMC kena pergi esok
Me : ok..nanti balik kita discuss
Reach my office, terus gi surau untuk solat Asar..there I go..cry cry and cry..nak keluar sangat, keluar laa..nanti balik rumah, jangan berani nak keluarkan air mata depan husband
Ya Allah..please give me strength
On the way back, singgah rumah Kak Faridah untuk hantar cup cake. dah janji nak bagi cup cake untuk pernikahan Nurul..Kak, esok kalau sempat saya datang ye sebab saya ada hal
Balik rumah, hubby dah siap mandi dan berbaju melayu dah ready nak pergi surau macam biasa..tapi dok mengadap laptop..Allah..he looked so cool..
Hubby : dah google ni terms yang Dr bagi..tengok laa
Me : (gigil-gigil tapi control and tengok baca- baca)
Hubby : esok pergi SJMC..nasib baik dapat refer SJMC..kalau kena pergi Damansara Specialist, jauhnya..
Me : Nanti malam ni mama cuba search lagi info (sambil ambik kertas yang Dr tulis)
I regret..I was not with him when Dr broke the news..I regret this I regret that.. Allah..ampunkan dosa2 ku Ya Allah
After solat maghrib, solat sunat, solat taubat, solat hajat..doa doa doa doa..
Call Along, to inform him..mujur tak meraung..Along terkejut but can still remain calm..Tak pe esok Along datang rumah petang2 sebab kebetulan Along ada kerja somewhere in Glenmarie..hu hu..sayang Along..walaupun kami nampak not that close, he is actually a very caring brother..berbaloi ada abang sorang
Call Sahrom, request to reschedule our Unifi installation. Manage to nego time instead of pagi, change to 2pm..
Hari ni, nothing much nak cakap..banyak cakap dalam hati..just update husband about the unifi installation. Since this is for trial purposes and we already commit to our company, kena teruskan jugak..
19/11/2009
Hari ni result UPSR akan keluar. Ikut jadual, they will anounce the result at 12 noon.
We went to SJMC to see Dr Kamal , Oncologist at Cancer Centre SJMC. Dr Kamal is a very simple person and straight forward.I hope I can make it to be with Adik when she got her result.
Macam2 question from him, this that this that..last sekali, bila husband cakap, I was diagnosed to have Nasopharynx Cancer, Dr Kamal terus cakap, ok whats next..
He brief us what are the next step of action...You have to go thru 35 times IMRT everyday except on weekends, and chemo 7 times on every thursday. Dr Kamal asked, do you want to go thru the treatment? Hubby jawab ' ye'.. ok..isi borang sign sini..I watched my husband signed the form with shivering hands, i feel like my chest is going to explode. We have made our own decision without consulting anyone..except Dr Kamal
Dr Kamal said
Ok..we need to do 3 things :
1. Bone scan
2. CT scan
3. MRI
Are you free right now?
Me : Dr, before that, nak tanya, we actually have paid to go to Korea..can we go or not advisable to go?
Dr : bila tu?
Me : Esok
Dr : boleh pergi..tak ada apa...come and see me when you are back from Korea
Me : Hari ni kitorang free Dr..buat dulu yang mana boleh
Dr and his nurse checked the schedule .
Dr : we can do immediately the bone scan. And he explained the process..what time is your flight tomorrow?
Me : 12 malam..lepas maghrib dah kena pergi airport
Dr : Can we do the MRI esok pukul 2?
Hubby : boleh Dr
Dr : when will you be back here?
Me : Rabu next week Dr
Dr : okay..come back on thursday, will do the CT scan and in the afternoon, go to RT centre and they will brief you there..kena buat mask for the IMRT..(even though rasa macam tak berapa faham, but I tried to make myself understand..angguk je lah)
Hubby was called to go in for the bone scan..I waited outside..then hubby keluar
Me : dah siap ke?
Hubby : belum..baru masuk ubat. kena tunggu one hour then baru boleh buat scan. Balik dulu lah pergi sekolah tengokkan adik
Me : ok
On my way back from Subang Jaya, pecut kereta kelisa dengan kepala yang berserabut..sms masuk..Ma..adik dapat 5A..Ya Allah..tak sempat nak sampai sekolah..they were way ahead from schedule..nak marah pun ada..air mata tetap keluar dengan laju
Phone rings, mak pulak call..Nurul macam mana? Adik dapat 5A..mak menangis2..kenapa nangis? Aus dapat 4A 1B, Liyana dapat 5A..Alhamdulillah syukur..mak jangan lah nangis..tak tahu ke what I have gone thru for the past 2 days?
Sampai sekolah, ramai dah balik, terus cari Adik..Adik peluk kuat2 and cried ..Ya Allah..beri lah aku semangat dan kekuatan..
The teachers congratulate me..Alhamdulillah..anak2 Puan semuanya dapat 5A..I smiled..Alhamdulillah..dalam hati Allah sahaja yang tahu
Jom adik kita balik. I passed by Surau, tengok ramai orang..baru teringat, ooh anak Kak Faridah nikah. I stopped by, cari Kak Faridah,
Me : kak minta maaf saya baru sampai..
Kak Faridah : tak pe Nor..jom makan..mana yang lain..
Me : Saya dengan Adik je kak..baru ambik dia dari sekolah
Kami makan untuk ambil hati..Duduk dengan Kak Zu (Kak Zu bekas exec hubby)..don't know why, maybe sebab rasa dah nak pecah dada, I told Kak Zu the news sambil keluar air mata..tapi Kak Zu tolong jangan bagi tahu orang ye. Kak Zu cakap, tak pe nanti Kak Zu bagi tahu Haji, bisik2 mintak buat solat hajat kat surau..
Sampai rumah, belum apa2 , the door bell..ting tong..ohh team unifi dah sampai..
They brief me what they want to do, discuss and I more or less agreed, signed the form and they start their work. After solat, I excused myself sebab nak pergi jemput hubby at SJMC.
Pecut lagi kelisa to Subang Jaya. Hubby called when I was just right infront of SJMC
Hubby : kat mana
Me : baru sampai
Hubby : tak payah parking..dah siap
Me : ok..ada kat depan
Kami balik ke Shah Alam.
Hubby : nak tukar duit Korea berapa?
Me : hah? oh ye..ikut la berapa pun
We stopped by at Plaza Masalam Seksyen 9, tukar duit, then ke rojak Karim, beli rojak untuk team Unifi kat rumah
We reached home..ohh..what a mess..lecehnya pasang unifi..they are still experimenting this and that..dah nama pun trial..proud to be one of the early user of Unifi..20M pulak tu
Along datang, brief him on the treatment and schedule..I know Along nak bagi moral support
Along : esok petang Along pergi SJMC..
Me : tak payah la Long..Rashid nak buat MRI je
Along : Along nak tahu tempat, lepas ni senang nak pergi
Me : ok
The unifi installation completed at 9pm..there was some technical problem here and there..rasa macam nak suruh balik..tahu tak kepala saya ni serabut..
Lucky I have done with the packing during the weekend, so tak de lah kelamkabut sangat..malam tu check temperature Seoul..ohh..I have to re do the packing..temperature expected to be below 2 degrees..That night, I went downstairs and saw Abang was watching TV..
Me : Abang..mama nak bagi tahu Abang ni
Abang : ??
Me : Ayah ada cancer
Abang : ??speechless
I hugged him..Abang lah kekuatan mama..
Me : I only share this with you..don't tell kakak and adik tau
Abang angguk..Don't worry..Ayah will go thru the treatment, insyaallah mama yakin ayah akan sembuh
20/11/2009
Kebetulan ada meeting di HQ, so pergi HQ with husband. Lunch time kami terus ke Subang Jaya, hubby solat Jumaat di masjid opposite Subang Parade, while I stay in the car..habis solat, we rushed to SJMC sebab appointment MRI at 2pm. Lama juga tunggu, Hubby dipanggil masuk dalam..resah, I have not performed my solat zohor..macam mana nak bawa 2 laptop ni..tiba2 Along call, guide him to radiologist area..Along tanya itu ini..hu hu..jangan tanya banyak2..Along tolong jaga laptop, saya nak pegi solat..lega..Along had come to the rescue
While waiting for hubby, I called the children to take their dinner, get themselves ready. Lucky budak2 ni dah besar dan tahu urus diri sendiri. We reached home around 6pm, makan2 mandi and siap2..dah janji cab datang lepas maghrib.
Off we go to KLIA and to Seoul..Hubby nampak cool but only Allah knows whats in his mind..
25/11/2009
We are back..Abang had a swollen ankle masa balik dari Seoul..Adik had an accident in the bathroom...sink pecah and her feet was bleeding..have to rushed her to emergency..lucky luka tak dalam..
Came back from DEMC, Abang complaint his painful ankle..he can hardly walk..Ya Allah..jangan Engkau duga aku hingga aku tak sanggup untuk memikulnya Ya Allah..
Pesan Abang, call mama kalau sakit sangat,,should have bring him together with Adik..Abang called at 4am, Mama, Abang tak boleh jalan..again rushed to emergency at DEMC..kena jab..Dr suspect gout..ada ke patut
26/11/2009
Went to SJMC for CT scan..settle CT scan, ada appointment with radiologist untuk buat mask for the IMRT. Then we were briefed on the process this and that..Encik kena kuat semangat..Puan kena beri support..kami angguk angguk dan angguk..
Balik rumah dah lewat petang..letihnya Ya Allah..beri lah aku kekuatan..
Selesai solat maghrib, I can't help myself..I cry cry and cry..called the children..
Mama nak bagi tahu ni..Ayah ada cancer..Ayah akan start treatment lepas raya Haji..Abang tenang sebab Abang dah tahu...Kakak menangis bagai nak rak..Adik relax je.,
I have to calm down kakak..Kakak memang rapat dengan Ayah..mungkin terkejut..Adik kenapa adik nampak macam tak terkejut pun..Adik dah tahu..Adik dah dengar Mama dan Ayah cakap masa kat tempat Ginseng kat Korea..Ya Allah..so masa tu macam mana lah perasaan Adik..she did not say a word..tak tanya apa2..
Yuli jengah bilik,
Yuli :kak esok Raya ni nak masak apa?
Me :oh esok raya haji ke? Yuli masak lah apa2 Yuli..Akak tak boleh nak fikir dah ni..
Yuli : Yuli masak ...bla bla bla
Me : apa2 je lah
Yuli : Sabar kak..banyak2 doa ..biar Yuli buat semua
27/11/2009
Kami tak rasa hari ni Hari Raya kalau tak ada solat Aidil Adha
Selesai solat raya, me and hubby sibuk siapkan performance appraisal..
Kami patut balik kampung hari ni tapi belum packing.
Me : Ayah, nak balik tidor melaka atau tidor rumah Kak Nor (ada kenduri kawin)
Ayah : kita tidor melaka, esok tu baru pergi rumah Kak Nor
Me : ok
Kami balik melaka selepas asar..mak dah tahu..Along yang jadi penyampainya sebab saya tak sanggup nak beritahu..takut emosi terlebih..Angah dan Eda dah call to give moral support
Kami attend the wedding with half hearted..I know ada yang tak suka kami ke Korea sebab kononnya dah tahu sakit kenapa pergi jugak..Please don't say anything kalau tak tahu apa2..tak kena kat diri sendiri tak tahu
2/12/2009
bermula lah era saya menjadi choc fudge di office sebab menemankan hubby ke hospital..I have informed my immediate boss..alhamdulillah boss faham..
Today is hubby's first IMRT treatment..ada 34 kali lagi..camana ye?
3/12/2009
His first chemo..I took leave on every thursday sebab expected chemo will take longer time plus kena buat IMRT pulak lepas tu..
When the news spread, friends start calling, sms and email..maaf kalau kami tak dapat nak layan sebaiknya dengan semua pertanyaan..kadang2 saya emo sebab saya rasa soalan tak munasabah untuk saya jawab..memadai lah dengan doa dan fikirkan yang baik dan positive.
At this time baru saya faham adab2 menziarah orang sakit..Masa ni la bermulanya segala2nya kena buat sendiri..alone without hubby..pasar, beli baju sekolah , itu ini..without hubby
7/12/2009
Abang ada Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM at Kolej Mara Seremban. After hubby's IMRT, we went straight to Seremban...Sampai KMS, kami rehat di surau, then left hubby to rest at surau, I took Abang to the academic building..Ayah started to vommit..masa ni rasa menyesal pun ada ..tak tahu apa yang dikesalkan..I have to drive back to Shah Alam dengan tak tahu jalan..main redah je..
24/12/2009
Result PMR keluar..lepas uruskan hubby for chemo treatment, I left him at the hospital and back to Shah Alam..pergi sekolah tunggu announce result..lambatnya..selesai dapat result, rushed back to SJMC..masa tu Ayah baru habis chemo..then tunggu for IMRT..
14/1/2010 - Hubby on his last day of chemo . His face was excessively burnt due to IMRT. He started losing weight from first week of treatment.
This is the tube(IV)
Alhamdulillah..We managed to go thru the treatment process..Banyak dugaan that we have to go thru..Thank you Allah atas semangat dan kekuatan yang diberikan..
Posted by Noriee at Monday, October 10, 2011 2 comments
Happy birthday Abang
Friday, June 17, 2011

Posted by Noriee at Friday, June 17, 2011 0 comments
Happy birthday Kakak
Sunday, May 1, 2011
Though this entry is posted a bit late, but it doesn't mean I forgot about it. Was trying to upload using Galaxy Tab but ada masalah teknikal pulak..he he
Semoga Kakak panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah swt
Semoga menjadi anak yg solehah
Semoga menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat
Kakak is onboard Saudi Airlines , Riyadh - Jeddah

Posted by Noriee at Sunday, May 01, 2011 0 comments
Happy Birthday Adik
Thursday, April 28, 2011
28th April 2011
Adik @ Dataran Kaabah
Adik @ Arafah
Posted by Noriee at Thursday, April 28, 2011 0 comments
Lambaian Kaabah
Thursday, March 10, 2011
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.
Alhamdulillah..akhirnya hajat kami untuk menunaikan umrah sekeluarga tercapai..
Semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan segala urusan kami..Amiin
Posted by Noriee at Thursday, March 10, 2011 1 comments
Rumah baru..
Tuesday, February 1, 2011
Segalanya tidak dirancang..started with bathroom leak..then tiba2 ayah decide, buat extension sebelah atas..last time kami hanya extend bawah saja disebabkan budget yang terhad..kira2 16 x 22 kaki lagi extension yang akan dibuat..tambahan 2 bilik tidur di belakang, bilik tidur asal Abang di pecahkan dan kami dapat family hall yang lebih luas..bilik tidur asal kakak dan adik dijadikan guest room..setiap bilik ada attached bathroom..kami buat semua yang simple/basic sahaja..
Kerja2 bermula selepas Raya Haji tahun lepas..hampir sebulan dapur kami tak berasap disebabkan oleh pembinaan slab tingkat atas..dan power supply ke bahagian kitchen was cut off..segala barang /perabut di bahagian dapur dan TV area dipindahkan ke hadapan..I hate renovation process..the dust, the mess..grrrrr
What I hate most was the delayed work by contractor..we expect by early January they can complete all the major works, but it didn't come out that way..Day by day we forced them to complete the work and Ayah started to plan for them what they have to complete for that particular day..
Worse part, Kakak was admitted for 8 days in early January, and we cannot monitor their work closely..we spent most of the time at DEMC..
Alhamdulillah the 'nightmare' has come to the end..alhamdulillah we have completed rearrange everything..now the kids have a more comfortable room and have their own attached bathroom..tak payah nak rebut-rebut lagi..we have spacious family hall upstairs and one extra room for our guest
Our family hall..Jam yang kami beli di Sabah in 2006..tak sempat nak repair siput yang tanggal..white magnetic board is for general info for everyone and will be used for kelas fardhu Ain which we expect will start next week
Rak buku lama yang kami bawa dari Kuantan..masih boleh guna lagi..
TV & computer station..we tranfer our Unifi here so that we have better signal..set kerusi rotan dan kabinet TV yang sama usia dengan Kakak..dah 15 tahun ..here we can watch Warner TV (unifi)..TV di tingkat bawah khas untuk astro..
Bilik Kakak & Adik yang mendapat set baru (jeles!!)
The study table and curtain je yang lama.. :p
Bilik Abang...Abang hanya dapat dressing table baru..cermin dari kepala ke kaki..(jeles jugak)
Our guest room guna perabut lama..memang asalnya di bilik ini..(Kiki is our special guest for today)..can spot her on the bed? And Adik's soft toy collection on both side table..tak lama lagi kena masuk dalam laci..
The above are all cerita indah selepas renovation di tingkat atas...and the horror story during renovation are downstairs..gambar tingkat satu during renovation not available..tak sanggup nak snap..only master bedroom can be used and imagine we have to schedule for bathroom usage in the morning.. :(
Posted by Noriee at Tuesday, February 01, 2011 0 comments
Labels: family
Catatan perjalanan - Singapore 2010 - Day 3
Monday, January 31, 2011
21December 2010



Dalam mulut Merlion..
Atas kepala Merlion ..view cantik, berangin tapi panas..
Then kami naik sky tower..sama aje macam menara Taming Sari di Melaka..bezanya hanya pemandangan sahaja..
Then kami tengok kedua2 4D show..Pirates and Extreme Log Ride..adoiiii
Dari situ kami ambil bas (free) ke arah Underwater world..then jalan menyusur Siloso beach..
We let the kids to try Segway..

Just nice selesai Segway, hujan turun lebat..kami naik monorel dari Beach station ke Imbiah station. Then naik cable car semula ke Mount Faber..
Selesai makan, kami balik ke JB melalui second link..semua orang dah tak larat nak jalan.. :pPosted by Noriee at Monday, January 31, 2011 0 comments
Catatan perjalanan - Singapore 2010 - Day 2
20December 2010
Hari ini kami ke Universal Studio Singapore(USS).Park kereta di Vivo City dan naik monorel dari Sentosa Station ke USS. 
Bergambar dulu diluar sebelum masuk ke Universal Studio
Ramainya orang dan kami blur sekejap nak mula di mana..USS agak kecil compare dengan theme park lain yang kami pernah pergi dan cuaca Singapore yang panas (macam Malaysia jugak). Situasi ini melemahkan semangat kami :pPosted by Noriee at Monday, January 31, 2011 0 comments
Andai itu takdirnya
31st January 2011
Lamanya blog ini tidak di update..terlalu banyak peristiwa yang berlaku..maka tidak sempat lah saya untuk update cerita nya di sini..sedar atau tidak, January sudah sampai ke penghujungnya..
Andai itu takdirnya..maka saya redha..andai itu takdirnya ada banyak cerita yang tersirat dan tersurat yang mahu saya kongsikan bersama, tetapi tidak berkesempatan..
Insyaallah, cerita2 yang disimpan lebih setahun yang lepas akan cuba diluahkan dalam blog ini..kenapa saya simpan begitu lama? buat masa ini, biarlah rahsia..
Posted by Noriee at Monday, January 31, 2011 0 comments
Labels: family
Catatan perjalanan - Singapore 2010 - Day 1
Friday, December 31, 2010
18th December 2010

19 December 2010
Selesai breakfast di rumah, kami bertolak untuk Singapore. Our transport for 3 days to Singapore..Landrover Defender..
Oleh kerana kami kelamkabut, belum lagi tukar duit Singapore. Singgah dulu tukar duit, kemudian terpaksa patah balik rumah sebab Uncle Fadhil tertinggal wallet. Harap2 cuaca berbaik dengan kami sebab pagi ni hujan lebat tetapi cerah semula waktu kami bertolak. Kami melalui 2nd Link. Keadaan lengang, tidak banyak kenderaan, tapi barisan yang panjang dari arah Singapore ke Malaysia..
Destinasi kami hari ini ialah Singapore Zoo..we enjoy ourselves walaupun penat menapak dalam zoo..

Boat ride..hampir terlelap naik boat..
Penat menapak, kami naik tren..
Never thought can have the chance to see this monkey..

Kami meninggalkan bekas2 tapak kaki kami di zoo, dan ke Masjid Al Mukminin di Jurong East untuk Solat Jamak Asar & Zohor dan tunggu untuk solat maghrib & Isya'
Selesai solat, kami makan di food court kawasan perumahan seberang jalan. 
Then ke Orchard Road..meriah dengan lampu2 dan persembahan jalanan sempena Krismas..Kami keluar dari Singapore melalui Woodlands..Barisan panjang juga tetapi alhamdulillah berjalan lancar. Sampai rumah jam 12 malam..
Posted by Noriee at Friday, December 31, 2010 0 comments







