Kita hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya..
Alhamdulillah Ayah dah sihat, dah boleh kerja after 5 months on MC.
Alhamdulillah, dalam tempoh Ayah cuti sakit, Ayah dapat surat kenaikan pangkat. The interview went on before Ayah was diagnosed NPC. Nasib baik boss Ayah tak hold surat tu.
Staff Ayah dan kawan2 office tak jemu2 melawat di hospital. Ada yang beri supplement, air yang sudah dibacakan doa dan lain2..dan tak kurang juga yang update perkembangan office..kadang2 saya jadi secretary untuk reply sms Ayah dan tukang jawab telefon.
Kami plan, sepatutnya Abang masuk boarding school masa form 4. Abang nak MRSM, tapi Abang dapat offer Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Abang refuse to go. Kebetulan masa tu Ayah masih admitted, mungkin Abang kesiankan Mama yang berulang alik hospital setiap hari. Siapa nak hantar Abang. Kalau Abang nak MRSM, Mama kena buat rayuan dengan MARA. Tapi bila Mama nak pergi buat rayuan kalau dah everyday pergi hospital temankan Ayah..
Sesungguhnya Allah penentu rezeki hambanya..Abang teruskan bersekolah di SMKS7. Kami sedih, tapi itu lah keputusan terbaik yang mampu kami buat pada masa itu. Ramai orang cakap, saya nampak relax, cool..dalam hati Allah Maha Mengetahui. Allah beri kekuatan, keberanian, semangat, hati yang cekal..kesihatan yang baik..
Alhamdulillah, masa sibuk2 ulang alik, tak ada demam, tak ada selsema, tak ada gastrik..I remember, only once, saya rasa macam dah demam, kepala dah panas, sampai hospital, bagi tahu nurse..boleh bagi akak ubat demam, akak rasa macam nak demam. Nurse beri paracetamol 2 biji, then I fall asleep dalam wad ayah. Nurse memahami, they switch off the light for me to get some rest.
Siapa tahu, setiap malam, when I came back home, tempat pertama saya tuju, sangkar kucing..update semua progress Ayah (can the cats understand what I was saying?)..Tolong doakan Ayah sembuh ye..Kiki, Harry, Mimi, Nina & Jerry..I never fail to chat with them every night. Some people said, cats is stress reliever, and I believe.
Setiap malam Abang akan tanya, Ma, bila Ayah keluar? Mama tak tahu..Abang diam dan masuk bilik semula..
Pernah sekali ajak Abang temankan ke hospital sebab rasa takut nak balik malam sorang, tapi bila Abang duduk wad, belum lama, Abang dah sesak nafas. Terpaksa bawa Abang ke E&A untuk nebulizer. Mungkin Abang tak tahan bau bilik Ayah yang macam ada benda terbakar..Sebenarnya kulit Ayah yang terbakar due to IMRT. Memang bau kuat tapi tah macam mana, kuasa Allah, saya boleh tahan dan not affected. Anak2 hanya datang during weekends . Kadang2 Along tolong jemput anak2 dan bawa ke hospital dan hantar balik Shah Alam.
13th January 2010 was Ayah's birthday. Ayah masih boleh bercakap tapi sudah agak lemah. Panggil semua anak2, duduk keliling Ayah atas katil dan Ayah beri amanat dan nasihat..Ayah mintak semua belajar bersungguh2 dan jadi anak soleh dan solehah sebagai hadiah harijadi Ayah..sesekali Ayah minta Abang bacakan surah Al Mulk untuk Ayah.
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku..anak2 jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari. Oleh kerana kami terima ramai tetamu terutama during weekends, kakak dan Adik banyak membantu. Kadang2 Abang jadi peneman untuk saya ke sana sini.
Letih tapi masih belum sampai tahap give up. Cuma sesekali give up dengan perangai sesetengah orang yang tak faham2.
Whatever it is, kami bersyukur, dalam keadaan macam ni, ramai yang tolong doakan. Setiap kali kunjungan jemaah surau, doa di bacakan. Surau juga kerap buat solat hajat.
Paling tak boleh lupa, doa Ustaz Fairuz masa Ayah di wad..masa tu ramai betul jemaah surau ziarah Ayah di wad selepas kuliah subuh. Masing2 dengan jubah dan kain pelikat. Kami tak dapat tahan air mata yang mencurah2.
Alhamdulillah berkat doa ustaz, ahli keluarga dan kawan2, Ayah dah boleh cakap dan dah boleh minum. Masa tu apa saja air yang Ayah sebut, saya cuba cari. Ingat Dr Kamal cakap, eat to survive not for pleasure. Sebenarnya masa ni, Ayah amalkan minum air zam2. Tah berapa banyak yang kami beli, dah tak ingat. At one time, kami habis stok, went to a shop yang ada jual air zam2 dan saya borong semua..sampai penjual tanya, akak nak buat mandi ke...isshhh..buat minum la..
Syukur kerana segala belanja perubatan Ayah ditanggung 100% oleh company.
surgery & biopsy di SMC - RM11 k
IMRT SJMC - RM34k
chemotherapy SJMC- > RM1k/per visit depends on keperluan pd masa itu times 7
admitted selama 20 hari di SJMC- RM33k
Ini tidak termasuk kos untuk follow up di SJMC dengan Oncologist dan ENT.
Syukur atas nikmat Allah dan rezeki yang Allah berikan kepada kami.
Andai itu takdirnya - Part 2
Monday, October 17, 2011
Posted by Noriee at Monday, October 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment