Musim Haji tiba lagi..rasa macam baru lagi kami ke Tabung Haji Kelana Jaya menghantar Kak Leha & Abg Mail tahun lepas..begitu cepat masa berlalu
24Oktober 2009
Selepas solat maghrib, kami kerumah Kak Siti (jiran) yang akan berangkat menunaikan Haji bersama suaminya..Rasa sayu, sedih dan rindu tiba2 mengusik hati dan perasaan saya. Ramai juga jemaah surau yang berkunjung ke rumah Kak Siti..Agak lama saya tak jumpa Kak Siti kerana saya tiba2 menjadi anti sosial dan tidak ke surau untuk berjemaah dan mendengar kuliah..Surau lah tempat kami bertemu dan bertanya khabar..kalau lama tak ke surau, maka macam ni lah jadinya..
Ya Allah..berikan lah aku ruang masa dan kelapangan untuk ke surau..Amiin..
Saya juga menerima sms dari rakan sekerja, Naimah dan suami yang akan berangkat menunaikan Haji pada 31Oktober. Naimah mengadakan kenduri tengahari tadi di Kota Kemuning tapi kami tidak dapat pergi sebab terlalu banyak perkara yang perlu kami uruskan.
Dan ada lagi beberapa lagi kawan2 yang telah terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini.
Semoga semua mendapat Haji yang Mabrur dan di permudahkan oleh Allah segala urusan..
Lambaian Kaabah
Saturday, October 24, 2009
Posted by Noriee at Saturday, October 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment