Dah setahun berlalu sebenarnya..hajat kami untuk menunaikan umrah bersama-sama anak2 dimakbulkan oleh Allah swt..rupa2nya bukan mudah nak bawa anak2 walaupun sudah remaja..tambah pula ada lagi yang ikut bersama. Kami sekeluarga bersama mak mertua, mak sendiri dan sepatutnya kakak ipar dan suami..
Saya rasa dugaan kami begitu banyak..bermula dengan rasa was-was saya dengan agen kami. Saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan hamba Allah ni. Memang betul, sebahagian duit kami tidak disampaikan kepada syarikat yang menguruskan perjalanan umrah kami. Kami terkilan kerana pihak syarikat tidak maklumkan kepada kami. Bukan itu saja, malah kos kami lebih mahal dari jemaah lain..tapi yang ini kami redha. Memang dah bahagian kami. Kemudian kak ipar dan suami batalkan pemergian selepas bayaran 100% dibuat. Satu lagi masalah pada kami untuk menuntut semula wang yang sudah di bayar disebabkan pembatalan di buat kurang dari 14 hari. Kepala saya serabut, hampir bergaduh dengan suami disebabkan perkara ini. Saya tak boleh nak fokus dengan kerja, ibadat dan apa sahaja yang saya buat. Selepas solat taubat, solat hajat, memohon kepada Allah , alhamdulillah ringan kepala..
Perjalanan kami juga banyak dugaan. Syarikat janji direct flight MAS, then Emirate, kemudian tukar Brunei Air, selepas bayaran 100% dibuat, tarikh bertukar, flight bertukar ke Sri Langka Air dan Saudi Air, dan worse kami kena transit di Colombo satu malam dan transit Riyadh. Janji transit Riyadh tak tukar flight, rupa-rupanya kami kena turun flight, go thru imigresyen, collect luggage dan check in semula. Kami rugi 2 hari untuk perjalanan pergi dan 2 hari perjalanan balik. Kami hanya dapat spend less than 2 days di Madinah.
Di Madinah, bilik jadi berterabur. Alhamdulillah dapat selesai melalui persetujuan sesama jemaah. Jarak hotel agak jauh dari masjid. Hotel di Mekah pula, lain hotel yang dijanjikan, lain hotel yang kami dapat. Kami terkilan sebab perjalanan yang mengambil masa lama, bertukar 3 flight dan hotel yang jauh sebab kami bawa 2 orang tua. Hotel di Mekah juga agak kelamkabut. Bilik kami jauh2, different floor..
Kami terkilan, tak ada rezeki anak2 untuk masuk Muzium Haramain, katanya tutup..tak tahu la..kami syak syarikat tidak uruskan permohonan kebenaran..
Perjalanan balik kami pun sama, dari Jeddah ke Riyadh..kelamkabut sebab masa yang singkat untuk tukar flight. Oleh kerana saya terpaksa temankan mak yang sangat slow pergerakan, 2 orang anak perempuan saya terpisah di kaunter imigresyen. Bila kami dah masuk dalam kapalterbang, 2 anak saya masih tertinggal. Dengan pramugari Saudi Air yang kasar dan sombong..Allah sahaja yang tahu..
Tiba di Colombo, kami tidak dibenarkan simpan luggage dan air zam2 di airport. Kami kena angkut semua naik bas dan bawa ke hotel tempat kami transit. Salah seorang jemaah call syarikat di Malaysia dan tak tahu la apa yang di cakapkam. Esok kena angkut semula ke airport. Pemandu bas marah sebab barang banyak dan berat, bawa bas 20km sejam..Mujur tak ada berlaku pergaduhan dengan jemaah. Urusan di airport juga jadi lambat. Last minute, baru pihak airport setuju buka kaunter khas untuk kami.
Kalau orang tanya saya, saya tak recommend sesiapa pun guna syarikat ini. Jauh benar service berbanding dengan Rayhar.
Catatan perjalanan - Umrah 2011 - Part 1
Tuesday, March 6, 2012
Posted by Noriee at Tuesday, March 06, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment