Kita selalunya tidak bersyukur akan nikmat Allah sehinggalah ianya di tarik balik. As times goes by, I then realize dah terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kami (saya terutamanya) dan sedikit demi sedikit Allah tarik balik..
I remember last time, a friend of mine had an accident and she lost one sight. One of her eye was badly injured and she is now live with one eye..Imagine living with one eye..but my dear friend told me that she is lucky and bersyukur because she still has one eye to enjoy her life..
6th March 2010
I woke up at 5am in the morning and cannot open my eyes..I can feel the pain in my right eyes..pedih pedih pedih..thats all came out from my mouth..I put some eye drops and went to sleep again because I cannot stand the pain..Then woke up again and cannot see what time is it because it was really painful..what happen to my right eye??Jalan meraba-raba dalam gelap ke bilik air untuk berwuduk and solat subuh tanpa membuka mata..sakit nya!!!then back to sleep..
Bangun semula melebihi jam 8 pagi, turun ke bawah..Ayah..pedihnya mata..apa yang tak kena ni? Ayah cakap, siap2 lah , SMC buka pagi ni, boleh jumpa Dr Zainal terus..jam 9 kami ke SMC (KPJ Selangor Specialist)..ramainya orang..register di klinik Dr Zainal..saya call juga PM Care untuk cuba dapatkan GL..banyak pulak soalnya..kena dapatkan refer letter klinik panel..saya inform klinik panel yang biasa saya pergi tutup hari Sabtu, klinik lain saya tak biasa..kami tak terima kes akak ni as emergency except on Sunday atau mata akak tercucuk sesuatu..laa..awak nak tunggu akak jadi Kassim Selamat baru nak bagi GL??tak payah laa..ok, saya bagi akak list klinik panel kat Shah Alam, akak pergi dapatkan refer letter, nanti saya bagi GL..dah, tak payah la dik, mata akak ni sakit, awak nak suruh akak pergi klinik panel dulu, then datang sini balik? kalau tak, akak bayar dulu dan claim kemudian..hmm..ye laa..
Lamanya menunggu, hampir 2 jam..Dr Zainal check mata kanan.... hmm..ooo..apa ni Dr?
Dr pun on kan skrin, and cakap kat Ayah..awak tengok ni ye..rupa2nya selaput atas mata hitam saya seakan tersiat..Dr Zainal tanya, pernah tercucuk atau terkena apa2 yang tajam ke? Entah, tak ingat la Dr..
ok..hari ni saya letak ubat dulu dan tampal mata awak..esok lebih kurang time ni, baru boleh buka..lepas tu letak ubat yang saya bagi nanti..Monday datang balik, saya tengok, kalau tak ok, kita kena buang selaput yang tersiat tu..haa??kena op ke Dr? alaa..sikit je..buat kat sini..bius tak? bius la dgn ubat titik..nanti lepas tu awak akan rasa pedih je dalam satu hari..hu hu..takut..
Pembantu Dr pun tak tunggu lama, letak ubat dalam mata, tampal dengan kapas, dan plaster mata sebelah kanan..uwaaa..macam pirate ke macam zoro? nak letak spec balik pun susah..Dr zainal cakap, tekan2 sikit, boleh tu..ok see u on Monday..
Kami keluar dari bilik Dr..saya rasa lantai macam tinggi rendah..tak boleh jalan..tak boleh balance..saya pegang tangan ayah...camana ni yah..I cannot balance myself..
Lamanya nak tunggu turn dapat ubat..then Ayah ajak jengah cafetaria..saya perasan semua orang tengok saya..yeah..here comes Pirate of the Carribean..Ayah cakap tak menarik..keluar dari main entrance, Ayah suruh tunggu kat situ, nanti ambik kereta dulu..
Balik singgah makan nasi ayam dulu..saya ikutkan jugak kehendak Ayah sebab Ayah teringin nak makan..walhal hakikatnya, saya tak selesa..rasa nak muntah dengan pandangan sebelah mata..and maybe sebab letak spec tak betul..pening..nak muntah!!! suap nasi pun tak kena kat mulut sebab tak boleh nak agak..begitu la keadaannya..rasa la macam mana bila Allah tarik balik pandangan sebelah mata..
Sampai rumah, saya terus tidur..sedar jam 3 lebih sebab Kak Zah call nak datang..saya bangun, berwuduk and solat zohor..arghhhh!!!rasa nak tumbang masa ruku'..tak boleh balance..
Masa Along dan Kak Zah sampai pun, saya yang terlentok di kerusi..nak muntah laa..begitu kuat kesannya pada saya..malam tu, saya tidur awal, selepas solat maghrib..bangun semula untuk solat isya' dan tidur di kerusi sementara menunggu solat subuh..dan saya tidur semula..
7 March 2010
Bangun dari tidur, saya bagi tahu ayah..nak buka sekarang boleh tak? tak boleh tahan la..haa..bukak lahh..
Lega dah dapat tengok dunia dengan dua belah mata..letak ubat and rest..rasa macam dah ok..tapi masih ada lagi rasa sakit tu..esok kena jumpa Dr Zainal semula..harap2 tak lah kena buang selaput tu..takut sebenarnya.. :-p
Nikmat Allah
Sunday, March 7, 2010
Posted by Noriee at Sunday, March 07, 2010
Labels: family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
cik nor sakit mata eh..sian nya..take care
Post a Comment