14th June 2009
Kami terima kunjungan pengantin baru, Izam & Hidayah..cerita wedding pun tak sempat masuk blog..oleh kerana pengantin main terjah je datang rumah, maka pengantin baru makan keropok, epal, nangka & jeruk + mango juice..yang bestnya kami terima buah tangan 15 biji durian dari Muar..naik pening dah kepala bau durian satu rumah....
Majlis Nikah Izam(anak saudara Ayah) & Hidayah pd 5 Jun 2009 di Felda Bukit Tajau, Maran, Pahang..kami bertolak dari Shah Alam jam 3 petang dan tiba di Bukit Tajau jam 6 ptg..Rombongan pengantin dari Muar telah sampai lebih awal. Kami di tumpangkan dirumah jiran Hidayah yang sangat baik hati..thumb up to Makcik & Pakcik and anak mereka Cikgu Salina..
Selepas maghrib, kami dijamu nasi dirumah pengantin. Majlis Nikah dijadualkan selepas Isya' dimasjid.
Next day, 6hb, majlis diteruskan lagi dengan makan beradap & bersanding..kami tinggalkan majlis hampir jam 1 t/hari untuk teruskan perjalanan ke Terengganu..
Akad nikah..sekali lafaz dah sah..tah berapa kali practice la budak ni
Taklik..
Serah mas kahwin
Hadiah barang kemas..barang2 ni dah di beli 2 tahun lepas..lepas bertunang..
Pengantin with parents Izam.. Makan beradap..kami tak dpt join meja pengantin..dah penuh.. :-(

0 comments:
Post a Comment