Bila Ayah dapat tahu mak(note : ibu mertua ) tidak sihat, Ayah minta saya ambil cuti satu hari untuk pulang ke kampung tengok mak. Ok, boleh laa..ada meeting tapi boleh hantar proxy..
Makanya, pagi Khamis 7/5, selepas hantar anak2 ke sekolah, kami terus bertolak ke Batu Pahat lebihkurang jam 7.10 pagi. Singgah di R&R Dengkil untuk breakfast, dan teruskan perjalanan ke Batu Pahat. Hi way agak lengang. Kami hanya berhenti sekali untuk tunaikan hajat, dan tiba di Tol Yong Peng Utara jam 9.45 pagi. Jam 10 kami sudah sampai di simpang masuk rumah mak.
Ayah, jom kita sarap Lontong pulak..he he..kami makan disitu, dan bungkus untuk mak..
Mak keseorangan di rumah..Biras ada dirumah sebelah.sedang sibuk memasak sebelum ke sekolah..selepas sembang2 beberapa minit, kami kehabisan modal nak cakap dengan mak..hmmm..
Mak (yang sakit) sibuk di dapur, saya pulak menyibuk dirumah Abang ipar sebelah rumah mak..Ayah melarang mak masak sebab kami cadang nak beli nasi beriani, tapi mak masih teruskan memasak..terlepas lah peluang makan nasi beriani Batu Pahat..
Nasib baik ada Novel dalam kereta..maka novel itu lah pengubat rasa sunyi..akhirnya kami pun terlelap..ni kita balik tengok mak atau kita balik nak bagi mak tengok kita tidor??
Saya berkira2 untuk bertolak semula selepas asar supaya dapat singgah rumah mak sendiri di Melaka, tapi disebabkan keadaan cuaca yang panas, kami jadi malas hendak memulakan perjalanan balik. Adin (Abang Ipar yg duduk sekali dengan mak), beli mi pula untuk minum petang...makan aje kami hari ni..mak bising nanti siapa yg nak makan nasi mak masak..
Lontong, Nasi beriani power & mi basah ini adalah 'dish' wajib kami setiap kali kami pulang ke Batu Pahat..
Selesai solat maghrib, kami bertolak semula ke Shah Alam. Pesan kat mak, rajin2 makan ubat, and banyak2 kan doa minta Allah beri kesihatan yang baik..mak jawab, doakan lah untuk mak jugak supaya sihat..InsyaAllah, memang setiap hari saya doakan untuk ibu bapa & mertua juga..
Bila kami menghampiri exit Ayer Keroh, Ayah tanya nak singgah rumah mak? Jeling jam, pukul 9.30..hmm..tak pe lah Ayah..nanti pukul berapa nak sampai rumah..takkan nak duduk rumah mak 10 minit je..esok nak pergi kerja pulak..ampun ye mak, tak dapat singgah, walaupun tahu mak mengharapkan kami singgah..
Adik sibuk call tanya bila nak sampai, nak peluk Mama..hmmmm..Mama pun nak peluk Adik jugak..

0 comments:
Post a Comment