Al Fatihah
28Disember 2009
Kami terima panggilan telefon dari Kuantan. Tokbak di masukkan ke hospital kerana mendapat stroke buat kali ke dua. Saya call Fikri untuk reconfirm. Mama tak dapat pergi tengok Bak la Fikri. Tahu kan keadaan Ayah. Ye Fikri faham. Tapi hati saya sedih sebab saya dapat rasakan memang harapan Tok Bak tipis. Saya menitiskan airmata bila cakap dengan Fikri. Saya kenangkan Tok Mak. Boleh ke Tok Mak sendiri tanpa Tok Bak. Saya kenal sangat mereka berdua..anak2 kami membesar bersama mereka..pergi balik sekolah Tok Bak yang hantar. Jasa Tok Bak tak dapat kami balas dengan wang ringgit. Terutama ketika kami menunaikan fardu Haji..walaupun mak & abah tinggal bersama anak2 kami, tapi Tok Bak lah yang banyak menguruskan hal2 persekolahan anak2.. Call Dr Asmah untuk maklumkan keadaan Tok Bak sebab Asmah saja yang kami boleh harapkan untuk menjengah Tok Bak bagi pihak kami. Asmah juga yang selalu update kami bila2 Tok Bak mendapatkan rawatan di klinik.
29 Disember 2009
Saya dapat missed call dari Fikri jam 7.15 pagi..Mesti ada berita yang Fikri nak sampaikan awal2 pagi ni. Saya call semula Fikri tapi tidak berjawab. Tanya Ayah, ada tak Fikri call. Ayah cakap tak ada. Tak lama, Fikri call semula. Mama, Bak dah meninggal..apa lagi yang saya nak cakap..tak terkata apa kecuali Innalillahi wa innailaihi raaji'un..soalan pertama saya, Mak macamana? saya tak tahu nak cakap apa lagi..macamana nak pergi..saya pun tak tanya..uruskan dimana? Kuantan atau Pekan? tak terkeluar dari mulut saya..saya terus maklumkan Ayah..Ayah, Fikri call, Tok Bak dah meninggal..saya tengok Ayah..Ayah cakap, kita tak dapat pergi..ye lah, saya faham. Macam mana nak pergi..Ayah perlu ke hospital setiap hari. Siapa lagi nak bawa, kalau bukan saya. Kalau ada orang yg sanggup bawa Ayah ke hospital pun, camana saya nak ke Kuantan sendiri..Estima pun tak boleh pakai sebab bateri remote dah 'kong'. Tunggu order bateri..kalau Estima boleh guna pun, boleh ke saya drive sendiri ke Kuantan..
Saya call Asmah sekali lagi..Asmah, tok bak dah meninggal..soalan2 Asmah seterusnya saya tak boleh jawab. Asmah cakap, tak pe nanti I lalu rumah Tok Bak. Kemudian saya call Kak Mun. Kak Mun, Tok Bak dah meninggal. Saya bg tahu Kak Mun sebab Kak Mun kenal..saya tak dapat pergi..saya maklumkan keadaan Ayah..Kak Mun terkejut..
Then saya kebilik anak2..Abang, Tok Bak dah meninggal..doakan Tok Bak..sedekahkan pahala Fatihah & Yaasin untuk Tok Bak..kemudian ke bilik Kakak & Adik..maklumkan perkara yang sama..semua terkejut..ye lah, Tok Bak ibarat Atok pada mereka...juga ibarat Ayah kepada kami..
Semoga roh Hj Mohd Yusof bin Arof di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh..Amin
0 comments:
Post a Comment