20th November 2009
Dalam kekalutan kami dengan berita tentang Ayah, percutian yang telah dirancang lebih awal kami teruskan juga walaupun hati tidak se excited seperti sebelum ini.
Seperti di janjikan, teksi datang selepas maghrib dalam keadaan hujan lebat. Kami sepatutnya berada di KLIA pada jam 8.30 malam. Disebabkan hari hujan, perjalanan dirasakan terlalu lama. Tepat jam 8.30 malam, kami tiba di KLIA. Kami terus tuju ke kaunter yang ditetapkan. Kami berkenalan dengan Shikin, Fara & suami. Kemudian datang lagi beberapa orang. Tour guide dari TM Tour, Ann, masih belum muncul. We were informed she is stucked in traffic jam. Almaklumle hujan lebat. Oleh kerana Ann lewat tiba, kaunter yang kami dah beratur tu sudah busy dengan group lain. Kami kemudian di arahkan pindah ke kaunter lain.
Selepas urusan check in selesai, kami terus masuk menuju ke terminal C. Boleh kami rehat2 sementara menunggu waktu boarding jam 11.30 malam. The journey will takes 5 hours 45minutes from KL to Incheon International Airport Seoul.
Kami tiba di Seoul jam 6.30 pagi waktu Seoul. Pilot announce suhu -1 darjah Celcius. Hmm.saya berdebar sebab takut pakaian sejuk yang kami bawa tidak mencukupi.
Urusan imigration dan luggage berjalan lancar. Tour guide dari Korea sudah menanti. Selepas perbincangan di adakan berkaitan perubahan itinary dan tempat makan yang betul2 halal dalam istilah yang sebenarnya, kami semua di bawa menaiki bas..keluar dari terminal...erhhhhhh..sejuuukkkknyaaa..
While waiting to check in..
Kami suka bergambar disini..just before immigration..the tagline selalu berubah...While waiting for boarding..
Dah mula excited..boarding pass as prove that we are going to Korea...Dalam flight, kami berempat duduk sebaris tengah, dan Ayah di tepi tingkap with someone else
21st November 2009
Upon arrival at Incheon International Airport
Catatan Perjalanan Korea - Kuala Lumpur -Seoul
Tuesday, December 29, 2009
Posted by Noriee at Tuesday, December 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment