25 Disember 2008
Hari ini sepatutnya kami ke Kuantan awal pagi. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah swt yang menentukan segalanya. Ada jemputan kenduri kahwin rumah Hj Ariffin, qariah surau Al Mawaddah Platinum S7, sekali gus juga rumah kawan adik. Ok, kita pergi rumah Hj Ariffin seawal mungkin, then terus ke Kuantan. Rupa2nya tak boleh jugak. Jiran selang sebelah rumah, buat kenduri anaknya berkhatan lepas zohor. Masa di rumah kenduri kawin, Ayah dimaklumkan salah sorang jemaah sedang nazak, juga jiran kami betul2 belakang rumah(dapur bertemu dapur). Sebenarnya kami pun tak kenal sebab tidak pernah bertemu muka wp jarak antara dapur kami hanya beberapa meter. Dapur saya sudah tentunya sudah diextend abis tanah dibelakang, tiada pagar lagi..jiran belakang, halaman belakang ditembok tinggi..itu lah sebabnya kami tidak pernah bersua muka..maka tidak kenal kami antara satu sama lain(teruk ke saya?). Saya lebih mengenali jiran2 yg jauh(jemaah surau) dari jiran2 berdekatan rumah..
Selesai makan kenduri, ayah cakap nak singgah sekejap rumah jiran belakang. Baru sampai dr hospital, ambulan masih ada. Ayah masuk ke dalam. Kebetulan saya jumpa kawan lama di pintu masuk, maka berborak lah saya hingga lupa tujuan asal. Bila saya kembali ke alam nyata, saya melangkah masuk kedalam rumah jiran yg tak pernah saya kenal dgn harapan dapatlah berkenalan, tapi memang belum rezeki kami lagi. Isteri nya sdg sibuk disebelah suami yg nazak, dan imam sdg mengajar si isteri bagaimana utk menghadapi org yg sdg nazak.
Saya pun melangkah keluar dgn hati yg kosong.
Kami segera pulang sbb sudah hampir waktu zohor. Ayah terus ke surau, saya menyiap2kan barang2 utk ke Kuantan.
Selepas zohor, kami ke rumah Aziz & Ruby..Disana selain makan2, dapatlah jumpa jiran2 utk berkenal2..hmmm..ada yg dah kenal, ada yg baru kenal..Alhamdulillah, siap makan, saya mohon utk beransur..
Sebelum bertolak, Ayah kerumah jiran belakang utk menjengah lagi..jam 3.45ptg baru lah kami bertolak ke Kuantan
Jiran oh jiran
Friday, December 26, 2008
Posted by Noriee at Friday, December 26, 2008
Labels: family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment