16th January 2010
Abang terima surat tawaran ke Tingkatan 4 di SMS Alam Shah Cheras. Abang agak kecewa bila terima offer letter ni sebab sebenarnya Abang nak masuk MRSM. Abang cakap, kalau tak dapat MRSM, Abang sekolah sini je Ma..
Bila dah dapat surat tawaran SBP, nama akan di potong dari tawaran MRSM. Saya pun rasa kecewa sebab kami harapkan MRSM. Walaupun keadaan Ayah tidak sihat, kami redah juga highway ke Kolej Mara Seremban untuk Abang ambil Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM (UKKM). Tapi kami hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya..
Saya cadang nak buat rayuan ke MRSM, tanya sana sini camana nak buat rayuan..slow talk dengan Abang..Abang buat solat Istikarah, mohon petunjuk dari Allah, solat Hajat supaya Allah permudahkan semua urusan.
17th January 2010
Slow talk again dengan Abang..camana Abang..setelah ambilkira keadaan Ayah dan kelebihan duduk di rumah (sekolah dekat rumah) dan pros & kons jika tinggal di hostel, finally kami decide dengan persetujuan Abang, Abang akan meneruskan sekolahnya di SMKS7 Shah Alam. InsyaAllah, belajar di mana2 pun sama..asalkan Abang belajar betul2 dan dapat straight A's for his SPM..
Tapi kalau Abang tukar fikiran, masih ada masa lagi
Dokumen & surat tawaran SBP sekadar menjadi simpanan sahaja..
0 comments:
Post a Comment