Mulakan dengan sesuatu yang manfaat..
Aktiviti hari ini :
5.00 am - sahur ...Alhamdulillah kami sekeluarga berpuasa pd hari ke 4 bulan Muharram..
Sunat berpuasa pd 1-9 Muharam dan 10 Muharram(Hari Asyura) dan juga hari ini adalah hari Khamis.
5.50 am - ke Surau Al Mawaddah untuk solat subuh berjemaah & kuliah Subuh
7.30 am - pulang ke rumah dan berehat
10.15 am - ke kompleks PKNS untuk beli baju sekolah & kasut sekolah Kakak & Adik. Oleh kerana baju sekolah tahun lepas masih elok, kami hanya beli 2 helai kain sekolah untuk Kakak dan sepasang untuk Adik. Adik & Kakak juga dibelikan 2 helai seorang tudung putih baru. Manakala kasut seorang sepasang kerana penghujung 2008 baru beli kasut sekolah.
Ayah pula bawa seluar untuk di alter.Kami juga beli beberapa buah buku ..
12.30 t/hari - balik rumah & berehat
Selesai solat zohor, sambung aktiviti rehat ie baca buku, bermain dgn kucing2 dan tidur laa
Selepas solat Asar, ayah dan Agus membaiki tombol pintu bilik Kakak & Adik yg rosak dan memasang rak buku yg dibeli dr IKEA lebih dr 6 bulan dahulu ..he he..
Juadah berbuka hari ini :
Nasi putih
Masak lemak nenas ikan masin
Sambal tumis sotong
Ayam panggang
Ulam petai(ayah sorang je yg makan)
Selesai solat maghrib di surau, ayah pulang semula kerumah untuk jemput kami semua ke surau semula..Ada kuliah maghrib..selesai solat isya', kami ke Mc D Seksyen 3 untuk beli Mc D..hari ni Mama belanja..
Selesai sudah aktiviti kami pd hari pertama ini..Now adalah masa untuk aktiviti bebas sementara tunggu waktu tidur..
Hari pertama 2009
Thursday, January 1, 2009
Ini lah rupa rak buku yg dipasang di bilik Kakak & Adik..
Posted by Noriee at Thursday, January 01, 2009
Labels: family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment